Review Hikayat Merong Mahawangsa
Salam
Hari ini baru aku berkesempatan nak tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa... Walaupun sepanjang hari ini hujan aku redah jugak pergi GSC Midvalley dalam pukul 11.00 pagi. Aku target nak tengok cerita nie pukul 11.45pagi. Memang banyak tempat yang kosong taim aku beli tiket tu. Maklum ler orang tengah bekerja. Harga tiket pun murah jew waktu tu dalam RM7.00 jew. Biasa memang takkan dapat harga tu selain hari Rabu huhuhu...
Ok sebelum aku nak tengok cerita nie aku dah set dalam minda aku nie yang filem Hikayat Merong Mahawangsa dibuat hanya dalam budget RM8.0 jota jew dengan tenaga kerja yang buat teknik CGI dalam 8 orang pekerja sahaja berbanding dengan cerita Holloywood beratus orang. So aku memang beranggapan mesti banyak kekartunan dalam CGI yang dihasilkan nanti. Expectation aku pada cerita ini jugak tinggi coz ramai yang kata cerita nie best.
Permulaan cerita nie agak menarik dimana ia bermula apabila Sultan Muzafar Shah ketika itu pemerintah Kerajaan Langkasuka, meriwayatkan cerita Merong Mahawangsa untuk disampaikan kepada generasi yang akan datang. Permainan ilutrasi yang digunakan untuk menyampaikan pengawalan penceritaan dimana Kerajaan Rom dan China ingin menyatukan kerajaan masing-masing dengan satu ikatan perkahwinan putera Marcus dari Rom dan Puteri Maharaja China dari Dinasti Han sangat menarik. Ianya disampaikan dengan cara mudah, ringkas dan senang difahami. Kemudian baru ler cerita nie bekembang dimana orang Rom meminta bantuan Merong untuk dibawa ke Semenanjung Emas bertemu dengan Puteri China.. Nak cerita panjang lebar tak payah ler korang kena tengok sendiri.
Tapi bagi aku cerita Hikayat Merong Mahawangsa ini sangat menarik. Aku bagi 4.6 bintang untuk cerita nie. Teknik CGI yang digunakan tak ler nampak kartun sangat. Boleh dikatakan agak real dan sesuai dengan budget yang diperuntukan. Kalau budget cerita nie dalam RM25 jota kompom CGI lagi menarik ya tak??? huhuhu... Cuma bagi aku kena Stephen Rahman-Hughes sebagai Merong???? Hmmm tak ada ke artis Malaysia yang lain boleh pegang watak tu??? Apa salahnya KRU gunakan bakat-bakat baru untuk pegang watak utama itu. Lagi ler cerita nie akan ditayangkan ke luar negara. Nampak sangat orang putihnya si Merong itu dengan slang melayu yang sgt pelat huhhuh.. Bagi aku Stephen Rahman gagal membawa watak Merong tersebut dengan sewajarnya. Tapi apa-apa pun Ummi Nazeera, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali memainkan watak masing-masing dengan baik dan berkesan. Terutamanya Khir Rahman, watak jahat yang nampak hidup. Nampak gayanya ada harapan jadi pelakon pembantu terbaik nanti hehehehe... Satu lagi yang aku rase agak geli hati bila senjata daripada cermin digunakan ketika menyerang Garuda... Aku agak pelik awatnya senjata tu yang digunakan huhuhuh... Cam sangat tak logiknya... Kalau guna sihir tu leh ler aku terima lagi huhuhhu....
Kepada sesiapa yang masih belum tengok cerita nie sila2 ler tengok, tak rugi menonton cerita ini. Sepanjang aku tengok cerita nie tak menguap langsung.. Bagi aku cerita ini memang filem melayu yang terbaik pernah dihasilkan... Tahniah KRU...
p/s: Hikayat Merong Mahawangsa ini telah diolah daripada cerita asal.. Tiada burung garuda atau Kerajaan Nabi Sulaiman dimasukkan.....

Karya Asal |
Comments
Post a Comment