Posts

Showing posts with the label Edisi Ceritera

Gemuruh Suara......

Image
Ini lagu kegemaran aku sekarang. Memang naik semangat tol bila dengar... I Luv Malaysia... Lirik lagu Gemuruh suara Kalau engkau jatuh Jangan engkau lemah Kerana hidup mengajar kita Jangan cepat mengalah Bina yakin diri Mampu kita lakukan Tiada yang mustahil Segalanya boleh Kita bergandingan meraikan Malaysia Gemuruh suara Jadi bangsa berjaya Gemuruh perkasa Bawah satu bendera Nama kita bina Diseluruh benua rasa bangga Genggam amanat wira Julang panji Malaysia Doa untuk skuad Bola Sepak Malaysia pertahankan emas di Jakarta nnt.. Abaikan penyokong indon yang tak bertamadun tu.. Good Luck

KaTa WaniTa.. LeLaKi KaCaK Vs LeLaKi HuDuh

Image
Walaupun Sahabat saya KekupuSiang telah posting pas hal nie sy posting gak ler sbb mmg dah ada dalam draf smlm. Tq kepada Kekupu keran kongsi info bersama..... Layannnnn Kalau lelaki kacak pendiam Perempuan akan cakap: Wow, cool giler. Kalau lelaki hodoh pendiam Perempuan akan cakap: Eh perasan bagus. Kalau lelaki kacak berbuat jahat Perempuan akan kata: Nobody’s perfect. Kalau lelaki hodoh berbuat jahat Perempuan akan cakap: Patutpun, muka pun macam pecah rumah! Kalau lelaki kacak menolong perempuan yg diganggu Perempuan akan cakap: Wah! Machonya, macam hero filem! Kalau lelaki hodoh menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: Entah2 kawan dia. Kalau lelaki kacak dapat perempuan cantik Perempuan akan kata: Sepadan sangat. Kalau lelaki hodoh dapat perempuan cantik Perempuan akan kata: Mesti kena bomoh perempuan tu! Kalau lelaki kacak ditinggal kekasih Perempuan akan kata: Jangan sedih, kan saya ada. Kalau lelaki hodoh ditinggal kekasih Perempuan akan kata: (ter...

KaTa LeLaKi.. WaNiTa CanTiK Vs WaniTa TaK CaNTiK

Image
Kalau perempuan cantik pendiam lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman... Kalau perempuan tak cantik pendiam Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer... Kalau perempuan cantik berbuat jahat Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih...kesiannyer... Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!! Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan Lelaki akan kata: wow!heroin sejati... Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu... Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua... Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu... Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!! Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih Lelaki akan kata: patut pon kena reject... Kalau perempuan cantik bawa BMW Lelaki akan kat...

1 Malaysia 1 Ummah... Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H/2011

Image
Tak berkesempatan betul kali ini aku nak update blog. Kesibukan betul rasenya. Tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan pelajar memag membebankan. Tapi aku redho dan pasrah sebab ini untuk kebaikan aku juga. Ini yang aku pilih untuk diri aku... So apa yang aku nak cerita kali nie yek. Kalau ikutkan semalam 14hb Feb birthday kawan aku Amin... Weh Min Selamat Hari Lahir yang ke 27 tahun..... Tarikh tu juga lah merupakan kengkononnya Hari Kekasih.. Cehh aku bukan nak cerita pasal itu pun. Wat apa nak sambut benda yang tak berfaedah tu bagi umat Islam. Korang pun tau bahawa umah Islam dilarang atau haram menyambut Hari Kekasih kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak sebabnya dan korang dah dengar banyak versi pasal hari kekasih nie. Aku pun tak payah nak jelas panjang. Ikutkan khutbah jumaat lepas pun dah cerita pasal Hari Kekasih nie. The main point yang aku nak aku sampaikan ialah daripada pemerhatian aku Alhamdulillah pihak media tidak lagi terlalu menonjolkan sambutan Hari ...

LaGenDa iKaN TaPaH

Image
Tak tau apa aku nak cerita kali nie. Tapi tengah belek-belek email lama yang penah aku hantar kat member2 aku terperasan pulak pasal cerita nie, mengenai ikan Tapah. Korang penah makan ikan Tapah or lihat ikan Tapah??? Ler tak penah??? Sengalllllll........... Aku pun tak penah tengok huhuhu. So aku mengunakan kesaktian PakCikGoogle search gambar ikan tapah. So yang ini yang aku jumpa. Harap betul lah kalau salah korang pun kena tipu juga lerr. Ikan Tapah Apa yang aku nak ceritakan pasal kisah sebab apa orang yang duduk dipersisiran Sg. Perak terutamanya kawasan Lambor tak boleh makan, sentuh or waima terkena hanyir ikan ikan tapah pun tak boleh. FYI aku nie pun antara keturunan orang Lambor yang tak boleh makan ikan tapah. Nanti gatal-gatal bha badan. Korang baca lah kisahnya nie..... Sabung Ayam Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja...

Zaman Bujang Yang Dirindui????

Image
Wah.... tajuk posting tu tak tahan huhuhuhuhu... Zaman bujang??? aku dah kawin ke???? hehehehe ceh aku masih muda belia sesuci kapit abang La yang baru huhuhhu.... Al Kisahnya bukan apa aku tertarik tengan isu yang dibincangkan dalam Majalah yang aku baca nie. Maklum ler tengah bosan menjaga bilik bencana. Betul ke kita akan bosan dan merindui zaman bujang pas kita kawin nanti??? Aku tak tau apa nak cakap... Maklum ler aku tak kawin lagi so memang tak tau apa-apa sangat pasal dunia perkahwinan dan pasangan suami isteri nie. Tapi apa yang aku nampak secara kasar bila dah kawin hidup kita memang tak seperti dulu. Kalau ada study group ke, nak jumpa ngan member and lepak lelama ngan kengkawan dah tak boleh dah. Lagi ler pas dah ada anak. Kalau berpandukan kepada apa yang aku baca nie banyak lelaki yang akan merindui perkara-perkara yang penah diorang wat pada zaman bujang. Bebas wat keputusan, bebas nak pi mana-mana and bebas wat apa saja ler. Duit gaji pun kita leh beli apa yang kita s...

Kisah Piramid DiPolitikkan

Image
Hmmm aku baru tengok berita tadi kisah perpindahan rakyat Malaysia keluar dari Eygpt atau Ops Piramid. Pada pandangan aku langkah kerajaan memindahkan sementara rakyat Malaysia ke Jeddah merupakan satu langkah yang sangat bijak.. Keadaan Mesir yang semakin kucar kacir dan penunjuk perasaan yang semakin liar mungkin menjadi sebab utama keputusan itu dibuat. Lagi pun keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir yang lebih 10,000 orang perlu diutamakan. Bayangkan dengan hanya beberapa buah pesawat daripada TUDM, MAS dan Air Asia terpaksa bertungkus lumus memindahkan jumlah yang sebanyak itu. Langkah awal mengeluarkan rakyar Malaysia ke Jeddah dapat memastikan proses menyelamatkan rakyat Malaysia berjalan lancar. Sekiranya terus ke Kuala Lumpur akan mengambil masa yang lebih lama untuk dipindahkan sedangkan keadaan semakin meruncing dan tidak terkawal di sana. Jika apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku kepada rakyat Malaysia akibat kegagalan kerajaan memindahkan segera rak...

Kisah Tahun Baru Cina

Image
Selamat Tahun Baru pada semua warga cina yang menyambutnya.... wah kali nie tahun arnab pulak yek. Apa tuah tahun arnab plak. Sejinak arnab kah atau harga carrot naik sbb org tetiba suka makan carrot huhuuh... Tahukah anda sejarah tahun baru cina??????? Asal-usul Tahun Baru Cina mungkin menjangkau ratusan abad yang lalu, dan pastinya amat sukar disahihkan secara fakta. Ia juga dikenali sebagai Pesta Musim Bunga dan sambutannya berlangsung selama 15 hari. Antara kisah lagenda yang dikaitkan dengan sejarah Tahun Baru Cina adalah mengenai sejenis makhluk yang dikenali sebagai Nian yang ingin memusnahkan sebuah perkampungan di China pada satu malam sewaktu musim sejuk. Nian adalah sejenis makhluk yang amat buas, mempunyai mulut yang besar dan mampu memakan ramai manusia sekaligus. Nian hanya muncul pada setiap akhir tahun untuk menyerang dan membunuh penduduk kampung. Penduduk di kampung tersebut telah cuba menghalau makhluk tersebut dengan membakar mercun serta membuat bunyi-bunyian y...

Selamat Hari Wilayah 2011

Image
1hb Februari merupakan Hari Wilayah dimana akan disambut dan diraikan oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya... So yang paling best bagi kami ialah Public Holiday... hehehehe yeeehaaaaaa.... Pada yang tak cuti tu jangan marah huhuhuh Tapi apa yang menariknya untuk tahun nie... sesiapa yang nak bercuti panjang tanpa apply cuti yg banyak kali nie lah yang terbaik... leh balik kg and bercuti puas2nya. Yang paling beruntung semestinya sesiapa yg terlibat dengan cuti hari wilayah.... Nak tau meh aku terangkan..... Dengan hanya apply cuti dua hari (klu lulus ler huhuhuh) korg akan bercuti selama 9 hari dengan jayanya termasuk sabtu ahad. Camner???? Ok kita mula dengan hari Sabtu Ahad iaitu 29hb dan 30hb... Masuk ari Isnin kita apply ler cuti 31hb... Ari Selasa plak bagi yg kerja kat wilayah layak ler cuti am huhuuh... Hari Rabu korg apply cuti gak untuk 2hb tu... Then korang memang tahukan yang tahun baru cina mula ari khamis...

Welcome To My New Blog

Assalamulaikum D ah terbina pun blog yang mmg lama aku nak buat.. cuma sejak dua menjak nie aku kebizian yang teramat sangat sampai aku lupakan dulu hasrat aku nie. T ujuan utama aku nak wat blog nie nak kongsi pada sesiapa, apa yang aku tengah pikir kat otak kepala aku nie.. Erti kata lain nak berkongsi mana yang patut. Kalau diikutkan aku dah wat satu blog nie tapi tetiba leh lupa password huhuhu... Tapi sbb baru de satu posting jew tu yang aku buat yang baru.. ahask.. tak gigih plak nak mencari password tu... A pa yang pasti kat blog nie nnt macam2 ler aku nak citekan... baik dari segi pelajaran, filem, drama, menu makanan, luahan perasaan segala benda ler yang aku rase aku nak ceritakan. Wat masa nie aku nak setting dulu mana patut dulu blog nie sebelum aku masukkan posting2 yang seterusnya.. O k aku cau dulu yek.... nanti kita XOXO lagi... huhuhuu