Luahan Hati Paper Hydrology
Luahan hati dan perasaan aku yang sangat luluh bila tengok paper hydrology rabu lepas. Terkesima seketika dengan soalan-soalan yang dilontarkan. Tidak seperti soalan-soalan biasa yang sering keluar. Mana kaedah Thissen???? Mana kaedah Muskingum??? Mana kaedah Mean and Mid??? Mana kaedah yang biasa keluar dalam soalan-soalan peperiksaan yang lepas??? Mana??? Manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???? Semakin aku terkesima bila melihat hanya 4 soalan diutarakan berbanding kebiasaanya 5 atau 6 soalan yang hanya perlu dijawab 4 daripadanya. Hujan diluar semakin lebat mengambarkan betapa hancur dan luluhnya perasaan aku dan juga mungkin kawan-kawan aku yang lain bila melihat paper tersebut. Dalam 15 minit pertama sepanjang 2 jam 30 minit yang diperuntukkan jari jemari aku gagal mencoretkan walaupun secebis jawapan dari soalan-soalan tersebut. Telah habis daya aku memerah otak keringat yang telah aku berikan 5 hari ini untuk study sepenuhnya subjek hydrology ini. Setiap soalan yang ku baca aku g...