Posts

Showing posts with the label Edisi Tazkirah

Aku Yang Berdosa

Image
Aku Yang Berdosa – Shahir Sejauh mana Langkah ku di sana Aku melupakan Mu Seluas mana Kau beri padaku Masih ku angkuh pada-Mu Segalanya dusta Gelap mengaburi ku Ya Allah Apa yang bisa Ku tebus kepada-Mu Atas dosaku Ya Allah Ku hina terasa Biar ku bersujud Untuk ke syurga-Mu Satu2nya lagu Shahir yang aku addict. Tak sangka plak dia yang nyanyi. p/s: Ya Allah aku tidak layak masuk ke syurgamu tapi aku tak sanggup ya Allah masuk ke nerakamu...

Beza Rezeki Manusia dan Semut

Image
SEMUT ===== Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaima...

Puisi Melayu

Image
Aku tertarik dengan puisi nie. Memang inilah orang Melayu yang sebenar.... Harap terus kekal selamanya... Melayu -Puisi oleh Usman Awang Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Maaf diungkap senantiasa bersahut Tangan diulur sentiasa bersambut Luka pun tidak lagi berparut Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Segala yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran" Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan...

Sekadar Renungan Di Hari Jumaat

Image
 Rasulullah S.A.W bersabda Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman.Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang. ~H.R Bukhari & Muslim Rasulullah S.A.W bersabda Tiada seorangpun yang lebih suka kepada pujian selain daripada Allah S.W.T, kerana itulah Dia memuji ZatNya sendiri. Begitu juga tiada seorangpun yang lebih marah daripada Allah S.W.T itulah sebabnya Dia mengharamkan perbuatan keji. ~H.R Bukhari & Muslim Baginda S.A.W bersabda Janganlah kamu berhajat cepat mati kerana ditimpa sesuatu kesulitan. Sekiranya keadaan yang mengharuskan berbuat demikian, bolehlah kamu berkata: Ya Allah, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku. Akan tetapi sekiranya mati itu lebih baik bagiku, matikanlah aku. ~H.R Bukhari & Muslim Nabi S.A.W bersabda, Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang mampu me...

Kesan Pengamal Al-Quran

Image
HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W) Hadis yang Menarik Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :  'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring da...

~Heavenly Thoughts~~~

Image
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,  “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, memakan arta si polan, menumpahkan darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang-orang yang dizalimi itu pahala kebaikannya. Jika sudah habis pahalanya sedangkan dosa kezalimannya belum terbayar, maka akan diambil dosa-dosa orang yang dizalimi itu untuk dibebankan kepadanya lalu dicampakkan dia ke neraka.” (Hadis riwayat Imam Muslim) Hadis Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli sya...

TaZkiRaH jUmaaT - TiTiPaN bUaT waNiTa

Image
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat akuberikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik ...

TaZKiraH JuMaaT - PeSanaN BuaT KauM WaniTa HaRi iNi

Image
Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita ….. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana,menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, me...

1 Malaysia 1 Ummah... Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H/2011

Image
Tak berkesempatan betul kali ini aku nak update blog. Kesibukan betul rasenya. Tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan pelajar memag membebankan. Tapi aku redho dan pasrah sebab ini untuk kebaikan aku juga. Ini yang aku pilih untuk diri aku... So apa yang aku nak cerita kali nie yek. Kalau ikutkan semalam 14hb Feb birthday kawan aku Amin... Weh Min Selamat Hari Lahir yang ke 27 tahun..... Tarikh tu juga lah merupakan kengkononnya Hari Kekasih.. Cehh aku bukan nak cerita pasal itu pun. Wat apa nak sambut benda yang tak berfaedah tu bagi umat Islam. Korang pun tau bahawa umah Islam dilarang atau haram menyambut Hari Kekasih kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak sebabnya dan korang dah dengar banyak versi pasal hari kekasih nie. Aku pun tak payah nak jelas panjang. Ikutkan khutbah jumaat lepas pun dah cerita pasal Hari Kekasih nie. The main point yang aku nak aku sampaikan ialah daripada pemerhatian aku Alhamdulillah pihak media tidak lagi terlalu menonjolkan sambutan Hari ...

Kisah Kelapa Tua (MoTiVaSi DiRi )

Image
Menarik kisah ini. Aku dapat dari benang yang aku buka kat Board Borak "Cahaya Islam Penenang Jiwa". Banyak kisah yang boleh kita kongsi disana. Terima kasih kepada forumer2 yang gigih berkongsi ilmu disana. Sekali lagi aku tertarik dengan dengan posting  forumer firqah ini.. Thanks a lot memeriahkan rumah aku. Jom sama-sama kita hayati. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu.Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia. Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua. Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin. Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di...

Masjid Al - Aqsa Sebenar!!!!!

Image
Hari ini macam biasa bila aku masuk office aku akan masuk ruang forum dulu untuk mengetahui isu-isu semasa yang dibincangkan. Forum yang aku masuk tentu ler forum Cari thread Isu Semasa. So dalam banyak-banyak benang yang ada dalam tu aku tertarik dengan satu tajuk "Cahaya Misteri Dirakam Atas Kubah Emas BaitulMaqdis Malam Jumaat Lalu" oleh forumer KingNapTune. BAITULMUQADDIS - Satu klip video disiarkan di laman YouTube yang menunjukkan dengan jelas satu cahaya misteri berbentuk seperti telur berada di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di sini, lapor msnbc.com kelmarin. Cahaya misteri itu dirakamkan menerusi telefon bimbit oleh beberapa orang yang berada dekat dengan kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa itu pada pukul 1 pagi Jumaat lalu. Dalam laman YouTube, terdapat beberapa perbualan orang yang menyatakan perasaan terkejut apabila melihat cahaya misteri tersebut terapung-apung di atas Kubah Emas itu. Cahaya misteri itu kemudian bergerak terlalu laju ke atas...

Kisah Syirik dan Sayangi Ibu Bapa

Image
Pagi tadi sebelum aku nak tidur aku berkesempatan menonton siaran ulangan Tanya Ustaz yang bertajuk Sayangi Ibu dan Bapa bersama Ustaz Zahazan Mohamed. Secara jujurnya aku suka betul dengan ustaz nie kalau dia ceramah. Cara penyampaian sangat menarik walaupun kalau perasan mulut dia cam tak buka sangat bila bercakap hehehe. Sepanjang yang aku dengar dan tonton Tanya Ustaz kali nie aku cukup tertarik dengan satu cerita yang memang aku tak pernah dengar selama nie. Kisahnya sangat terkesan pada aku dan aku ingin sangat berkongsi dengan semua mengenai kisah yang menarik nie untuk kebaikan kita bersama. Cerita nie terdapat di dalam Kitab Musadraq dan Kitab Tawabin menceritakan suatu hadis yang berlaku ketika zaman Rasullullah S.A.W hampir wafat, ada kisah seorang wanita yang tidak disebutkan namanya. Malangnya wanita ini berasa bosan dengan tindakan suaminya yang zalim padanya lalu dia mahu belajar Tawalah iaitu ilmu menundukkan suami dengan seorang perempuan tua. Kata perempuan tua itu ...

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Image
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dariseorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini... Adolf Hitler Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?" Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secaraberleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu diabertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya. Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mere...