Earth Hour 2011 Malam ini....

Salam.....


Jangan lupa malam nie tutup lampu tau dari pukul 8.30 mlm hingga 9.30mlm.... Alah bukan lama sangat pun 1 jam saja..Jom sokong ok bagi menyelamatkan bumi kita nie yang makin nazak...


Earth Hour merupakan kempen bermotifkan selamatkan bumi yang dianjurkan oleh WWF juga dikenali sebagai World Wildlife Fund.Aktiviti kempen ni selalunya diadakan pada setiap hari sabtu pada bulan Mac setiap tahun,Pada tarikh ini selalunya lampu akan dipadam selama sejam untuk menghayati tentang perubahan iklim yang amat ketara berlaku pada bumi sekarang ni.


Earth Hour adalah program berunsur kecintaan alam yang pada mulanya dilaksanakan di Australia. Melihat inisiatif mulia ini, program ini mula dilakukan kalau tak silap di 38 negara. Program ini terus berkembang menjadikan peserta negara dunia meningkat kepada 128 negara. Seluruh dunia akan menutup alatan-alatan berkaitan elektrik selama satu jam pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun.


Eiffel Tower, Twin Tower dan ribuan mercu tanda setiap negara juga menyertainya. Jutaan penduduk dunia juga menyokongnya. Ayuhlah, jadi satu di antara mereka!






Comments

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6