Posts

Showing posts with the label Edisi Ilmu

Doa Ketika Di Timpa Bala dan Kesusahan

Image
As Salam... Ini doa yang selalu aku amalkan ketika aku dalam kesusahan dan untuk dipermudahkan segala urusan. Doa ini juga boleh melembutkan hati seseorang. Ini doa yang mak aku suruh amalkan dalam sembahyang. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS: ا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21) :87 So, pada kawan-kawan semua harap dapat amalkan doa ini selalu. P/S: aku sentiasa berdoa agar semua kawan-kawan ku sentiasa dilindungi Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.

Nasib Melayu Di Bumi Melayu....

Image
Motip entry bunyi cam serius huhuhuhu....Tapi kekadang kita kena gak ambik tahu hal keliling terutamanya pasal keadaan negara Malaysia yang terchenta nie... Bukan apa kali nie aku nak postkan aku punya book review pasal buku yang aku dah baca. Ini baca paksa rela sebenarnya coz lec TITAS suruh wat review apa2 buku hantar kat dia huhu... So aku tepek jew ler review aku pasal buku nie... Syor baca kat korg. ULASAN BUKU TAJUK BUKU          : Nasib Melayu Di Bumi Melayu PENGARANG          : Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah TERBITAN               : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd Buku ini merupakan himpunan daripada penulisan dan penerangan Dr. Mohd Ridhuan Tee di dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Al-Islam untuk dijilidkan menjadikan sebuah buku yang sangat menarik. Sebelum itu, boleh dijelaskan bahawa cetusan pe...

CoNtoH SoaLaN UjiAN KeLaS KeJuRuTeRaaN JaLaN

Image
Assalamulaikum.... Hari ini aku tak boleh nak taip entri panjang-panjang. Esok aku ada ujian Kejuruteraan Jalan Raya. Banyak tak study lagi nie. Bukan apa ada dua assignment nak kena hantar minggu nie. Pas siap semua assignment baru dapat nak study sikit pasal subjek nie. Esok Lec nak buat ujian tepat pukul 8.30 pagi.... Wah memang giler awal. Alasan lec buat awal coz katanya otak tengah segar masa tu... hehehehe... Camner nie... banyak lagi nak baca.. Perlu ke membawa toyol huhuhuhu.. Ok pada kengkawan UTM good luck dengan ujian esok. Ini aku tepekkan contoh soalan ujian yang aku dapat untuk rujukan korang. Thanks kat Papa Shahrul yang telah menyeSCAN contoh soalan ujian ini tadi... Kredit kat beliau yang gigih. Tq gak kat Kak Noren yang gigih juga menyelongkar kotak2 lama untuk cari soalan nie. Rasanya tak payah nak kasi kredit kat Cik Unge sekali heheheheh.. CONTOH SOALAN UJIAN KEJURUTERAAN JALAN p/s: pada Yamani dan Syed sila datang awal taim tu huhuhhu

SeJaRah DuNia BaKal BeruBah?? Malaysia Pusat KeTamaDunaN DuNia

Image
  Woooowwww............. itu ayat pertama yang aku boleh ungkapkan bila aku baca keratan akhbar di dalam Kosmo 14hb Feb 2011 yang bakal mengubah segala sejarah yang selama ini kita belajar mengenainya. Pertemuan artifak berusia 1.83 juta tahun di Bukit Bunuh, Lenggong Perak membuktikan segala andaian umat manusia bermula di Afrika boleh dinafikan. Selain itu mengenai hidup masyarakat Paleolitik dahulu yang suka berpindah randah adalah tidak benar. Meh aku tepek berita tu bha... LENGGONG, 14 Feb –  Penemuan bukti di Bukit Bunuh menjadikannya salah sebuah tapak Paleolitik terpenting di dunia kerana mendedahkan sebuah kompleks Paleolitik seluas 4 km persegi dengan pentarikhan lebih 1 . 83 juta tahun, 40,000 dan 30,000 tahun dahulu. Ini meletakkan Bukit Bunuh sebagai tapak tertua dunia yang berada di luar Afrika, dan mempunyai pentarikhan kronometrik. Maka, penemuan Bukit Bunuh telah mengukuhkan lagi bukti prasejarah di Lembah Lenggong, dan menjadikannya sebuah lembah arkeolo...

MRR2... aPa YaNg PeRLu aNdA taHu

Image
Lingkaran Tengah Dua atau dalam bahasa yang orang putih Middle Ring Road Two (MRR2). Ada yang tak kenal ke pasal jalan nie???? Agak-agak mustahil bha pada sapa yang tak kenai. Macam-macam kisah yang pernah kita dengar mengenai jalan nie. Ini antara keratan akhbar yang aku jumpa Yang kes pertama pier retak tu aku tak jumpa pulak. Setahu aku MRR2 nie mula dibina pada tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada tahun 2002 oleh kontraktor Sukimim - Bumi Highway. Panjang dia 41.8km menghubungkan Sri Damansara hingga ke Sri Petaling. Jalan penting nie tau pada penduduk Lembah Kelang. dekat ngan umah aku nie.....  Kalau ikut design MRR2 mampu tampung trafik dalam satu-satu masa 100,000 buah kenderaan sehari. Tapi sekarang kalau korang nak tau tak salah boleh cecah sampai 150,000 buah kenderaan sehari yang lalu MRR2. Giler banyaknya. So kalau macam tu maintenance period dia pun berubah juga ler pada perancangan asal. Maka banyak ler masalah-masalah yang berlaku di MRR2.... Yang orang paling t...

Kisah Kelapa Tua (MoTiVaSi DiRi )

Image
Menarik kisah ini. Aku dapat dari benang yang aku buka kat Board Borak "Cahaya Islam Penenang Jiwa". Banyak kisah yang boleh kita kongsi disana. Terima kasih kepada forumer2 yang gigih berkongsi ilmu disana. Sekali lagi aku tertarik dengan dengan posting  forumer firqah ini.. Thanks a lot memeriahkan rumah aku. Jom sama-sama kita hayati. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu.Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia. Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua. Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin. Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di...

Nota Kejuruteraan Jalan Raya (Bab 2) @ UTMSpace

Image
Tadi aku dengan gigihnya masuk masuk e-learning UTM untuk cari maklumat apa yang perlu untuk nota UTM subjek Kejuruteraan Jalan Raya (SAB 232). Bagi aku agak susah juga tadi nak masuk ke situ. Agak-agak keliru juga ler. So, kat sini aku nak bantu sikit macam mana nak masuk ke e-learning subjek yang Che Ros Ismail yang ajar kita tu. Mula-mula korang masuk sini..... http://elearn2.utm.my/10112/ . Pastu korang ikut ler tutorial yang aku buat nie Langkah Pertama Langkah Kedua Langkah Ketiga Langkah Keempat BERJAYA Jadi kalau korang dah berjaya masuk ke sini kira dah lulus ler tu. Leh tgk apa yang ada pensyarah kita Che Ros Ismail kasi, Tapi yang aku nampak ada nota BAB 2 saja. Yang lain tu maklumat tambahan dan motivasi diri. Kalau korang rasa susah sangat nak masuk e-learning nie korang klik kat bawah nie. Aku dah download nota BAB 2 Kejuruteraan Jalan untuk memudahkan semua. Tapi aku guna megaupload ada yang opis kena block megaupload nie.... Pandai...