BiLa Usia MaKiN MeniNgkaT
Masa 24 jam yang Allah kurniakan terasa begitu pantas berlalu. Masih banyak perkara yang tidak mampu untuk kita sempurnakan. Masih belum puas mengecapi keseronakan hidup.
Menurut Ibnul Jauzi, di alam dunia ini manusia dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu kanak-kanak (bayi sehingga 15 tahun),muda (15-35 tahun), dewasa (35-50 tahun), tua (50-70) tahun dan tua bangka (70 tahun ke atas). Pandangan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali pula ada menyebutkan bahawa rata-rata umur manusia adalah 60 tahun.
Menurut Ibnul Jauzi, di alam dunia ini manusia dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu kanak-kanak (bayi sehingga 15 tahun),muda (15-35 tahun), dewasa (35-50 tahun), tua (50-70) tahun dan tua bangka (70 tahun ke atas). Pandangan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali pula ada menyebutkan bahawa rata-rata umur manusia adalah 60 tahun.
Sebanyak 8 jam sehari diperuntukkan untuk tidur dan ini menyamai 20 tahun daripada keseluruhan umur kita. Lantas, adakah kuantiti dan dan kualiti amal soleh kita mampu untuk menampung dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini. Adakah prestasi ibadah seimbang dengan pertambahan usia kita kerana baki masa terlalu singkat untuk kita.
Usia berlari seiiring dengan peredaran waktu.
Kanak-kanak mengejar usia remajanya. Remaja memburu masa tua dan orang tua kian menuju ke titik akhir hayatnya. Tidak kira di mana kita berada sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja mahupun tua kematian pasti akan menjemput kita.
Tiada jaminan kita terlepas dari panggilan maut walau siapa pun dan di mana pun kita berada.
Sesetengah dari kita cukup resah dengan pertambahan umur. Bimbang memikirkan kecantikan fizikal yang makin pudar dan luntur dimamah usia walhal kita akan kembali ke tanah jua akhirnya. Kita juga bimbang kerana wang simpanan dan harta yang dimiliki masih belum mencukupi sedangkan semua harta yang ditimbunkan di dunia tidak berupaya menjaga kita di alam barzakh kelak.
Mengapa tidak kita alihkan kerisauan itu terhadap sesuatu yang lebih utama?
Bukankah lebih wajar untuk kita memikirkan, apakah dengan umur yang telah berlalu menjadikan kita semakin hampir dengan Allah atau sebaliknya? Adakah kesempatan masa dan usia yang Allah anugerahkan telah kita manfaatkan sepenuhnya dalam merebut cintaNya ? Adakah bekal amalan dan ibadah kita sudah memadai untuk menjamin kita ke syurga?
Cuba kita bermuhasabah seketika. Merenug kembali bagaimana nilai ibadah yang telah kita laksanakan selama ini. Semoga lebih tinggi dan berkualiti nilaiannya. Tidak sekadar melengkapkan bilangan solat lima waktu sehari semalam, namun kita perlu lebih memperhalusinya dengan membuta persediaan lebih awal, mengambil berat tentang pakaian yang digunakan untuk solat sama ada bersih atau tidak.
Jika sebelumnya kita sekadar membaca tanpa memahami makna dalam bacan solat, mengapa tidak kita tanamkan azam mulai hari ini untuk belajar memahami dan menghayati bacaan dan perbuatan dalam solat. Hanya solat yang benar-benar berkualiti sahaja yang mampu meninggalkan impak positif terhadap pelakunya. Ini bertepatan sekali dengan firman Allah bahawa sesungguhnya solat itu mampu mencegah dari seseorang daripada melakukan perkara keji dan mungkar.
Bagaimana pula dengan kualiti dan penghayatan hukum menutup aurat kita? Adakah seiiring dengan piawaian syarak ataupun sekadar mengikut arus perkembangan fesyen walhal aurat belum lagi ditutup dengan sempurna? Tidak salah berfesyen, tapi biarlah mengikut syariat.
Bertudung, tetapi berbaju dan berseluar sendat. Atau, bertudung tetapi dalam masa yang sama kainnya terbelah di sana-sini..itu tidak mencapai standard piawaian menutup aurat yang digariskan Islam. Moga kita lebih memahami, menutup aurat bukan sekadar menutup rambut semata-mata, tetapi keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tidak ada salahnya menggayakan tudung Ariani, Fareeda atau jenama-jenama lain, asalkan tudung tersebut menutup paras dada. Pakaian pula, biarlah bersopan, tidak perlu sendat ataupun singkat.
Harus difahami, pensyariatan menutup aurat adalah untuk memelihara dan mengangkat martabat wanita Islam, bukan untuk mengongkong mereka. Selain itu, Islam menetapkan garis panduan menutup aurat bertujuan untuk membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam kerana masyarakat Arab Jahiliyyah dulu juga berselendang, begitu juga dengan rahib. Tetapi tudung mereka berbeza dengan tudung wanita Islam.
Aspek Al-Quran pula, bagaimana ? Adakah sekadar membaca Al-Quran di bulan Ramadhan sahaja sedangkan di bulan lainnya ia tersimpan rapi di dalam almari? Tahniah diucapkan kepada yang berjaya membaca Al-Quran secara konsisten setiap hari. Ini kerana, Insya Allah, kita tidak digolongkan dalam kategori lalai jika kita berusaha membaca sekurang-kurangnya 10 ayat sehari. Jika tidak ada kesempatan langsung untuk membaca Al-Quran, cuba bermuhasabah diri.
Apakah dosa atau maksiat yang telah kita lakukan pada hari itu sehingga tidak berpeluang langsung untuk mengalunkan ayat-ayat Allah itu. Hati orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan hidup dan menjadi lembut.
Ulama’ menyatakan , sekiranya kita ingin berbicara dengan Allah, tunaikanlah solat. Jika kita mahu Allah berbicara dengan kita, bacalah Al-Quran dan jika kita ingin mengetahui rahsia Allah, lawatilah kawasan perkuburan, mudah-mudahan kita mendapat iktibar darinya.
Berbalik kepada persoalan membaca Al-Quran, jika kita sudah berjaya menjadikannya ia sebagai amalan rutin harian, mengapa tidak pula kita cuba meningkatkan kualiti pembacaan. Maksudnya, berusaha memperbaiki mutu tajwid dan cuba mempelajari maksud dan hukum yang terkandung di dalamnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
Kita cuba beramal dengan apa yang dianjurkan Al-Quran dan menjauhi apa yang ditegah di dalamnya.
Sebagaimana yang diriwayatkan Saidatina Aisyah r.a tatkala ditanya mengenai akhlak Nabi SAW, baginda menjawab : ”Sesungguhnya akhlak baginda adalah Al-Quran”…Mengapa tidak kita jadikan hadith ini sebagai satu motivasi untuk membentuk akhlak diri yang mahmudah sebagaimana yang dianjurkan Islam?
Tiada manusia yang sempurna.
Namun, kita diberikan akal dan iman agar kita mampu memanfaatkannya untuk mencapai tujuan sebenar hidup kita di bumi, iaitu beribadah kepadaNya. Manfaatkanlah sebaik mungkin nikmat umur yang telah Allah anugerahkan. Biarlah umur pendek, namun penuh dengan keberkatan.
Tiada siapa di antara kita yang terlambat untuk berubah. Kita masih ada masa untuk berubah ke arah yang lebih baik. Biarlah perubahan itu bakal membawa kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat dan paling penting, ianya mendapat keredhaan Allah.
hapy besday hyun..
ReplyDeletehehehehe... tq2
ReplyDeletepjg lebar tazkirah ustaz hyun kita ari ni...
ReplyDeleteaku suka sgt2 entri hyun masa birthday hyun semalam ^^
ReplyDeletesudah tukar theme ka?..barula bleh baca,hehe...
ReplyDelete