PeNat LeLah..

Baru habis daripada study group. Sampai terus bukan computer layan internet jap. Tergerak nak buka Utusan tengok perkembangan terkini kat Jepun. mana tau ada letupan loji nuklear yang baru ke. Risau gak aku pasal kes tu.. Tetiba terperasan satu berita mengenai pengumuman satu jambatan di PD-Sepang ditutup. Yaaaahhh... itu antara hasil usaha unit aku yang gigih nak handle mengenai penutupan jambatan tu bha. Memang dalam tempoh 2 minggu nie duk sibuk uruskan hal-hal mengenai keadaan jambatan yang condition rating teruk. Akhirnya jambatan itu pun dah ditutup... Pas nie bizi plak nak mohon peruntukan untuk pemasangan jambatan bailey rasanya atau permohonan pembinaan jambatan ganti yang baru. Ini baru satu jambatan yang umum tutup. Ada satu lagi jambatan yang hendak ditutup juga. Tapi negeri mana dan dekat mana tunggu ler pengumuman yang selanjutnya... Aku tepek berita penutupan jambatan tu kat sini jap....

Jambatan Km 22.9 PD-Sepang ditutup kenderaan berat

14/03/2011 6:33pm

PORT DICKSON 14 Mac – Jambatan di KM22.90 laluan Port Dickson-Sepang dekat sini ditutup kepada semua kenderaan berat berkuatkuasa hari ini berikutan jambatan itu didapati mengalami kerosakan yang kritikal dan tidak selamat digunakan oleh kenderaan berat.
Pengarah Kerja Raya negeri, Datuk Ir Dr Roslan Md Taha berkata, semua kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jambatan itu atas faktor keselamatan.
"Satu pemeriksaan ke atas jambatan tersebut telah dijalankan oleh pihak Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan, Jabatan Kerja Raya pada 17 Januari lepas dan mendapati ia mengalami kerosakan yang kritikal dan ia tidak selamat digunakan oleh kenderaan berat.
"Sehubungan itu, kita mengambil keputusan menutup jambatan itu kepada semua kenderaan berat mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya kenderaan berat boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Port Dickson-Seremban (FT053) atau Jalan Port Dickson-Lebuh Raya PD-Seremban (E29) untuk ke Sepang atau Pelabuhan Klang.
Roslan berkata penutupan jambatan ini adalah sementara sehingga satu jambatan Bailey siap dibina dalam masa terdekat. - Bernama


p/s :Motip sangat aku punya Bahagian tidak disebutkan antara pasukan pemeriksa??? huhuhuhu

Comments

  1. name bahagian ko takde.. ko tak payah buat.. bile super visa ko tanye.. ko cakap la.. kat paper tak mention pon.. hahaha...

    ReplyDelete
  2. hahahaa.abg dud da nm itu caw pakar,pasti disebut dl..kui2..

    ReplyDelete
  3. gegirl: hehehehe.... supervisa aku pegi zimbabwe bha

    kema: tu ler pasal hehehehehe

    ReplyDelete
  4. hehh!! nak ngamuk arr ni.. aku pegi inspect jambatan tu lorr.. patut tepek nama aku sekali hehe.. =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6