Posts

Showing posts with the label Edisi Berita

iPad 3 Official Release Date

Image
Yahoooooo........ tak tau sebab apa aku teruja gilerrr bila tau official date bila ipad3 (maybe) nak keluar. Apple dah kuarkan invitation secara official.... Nampak tak tarikh 7hb (Wednesday) yang ditunjuk... So kompom ler andaian orang ramai yang jangka akan keluar 7hb.     Aku sejak tetiba rasa nak beli ipad duk sabar jew menanti keluar yang baru. Bukan tak nak beli ipad2 tapi taim tetiba sampai seru nak beli ipad waktu ipad2 dah usia 8 9 bulan. Dah jadi kebiasaan Apple akan kuarkan the next generation  after 1 years. So aku kena bertabah tunggu nnt duk menyesal huhuhuhu. Harap ipad3 nanti memuaskan hati aku. Aku tak nak kecik sangat cam ipad2 punya saiz pun dah ok tapi ramai yang ckp ipad3 nnt lebih kecil and ringan. Tak sabar nak tunggu 7hb nie pengumuman penuh Apple pasal ipad baru nie.... Maybe sampai Malaysia 30hb Mac kot huhuhuhu... Tahun nie hadiah untuk diri sendiri ipad3 kekekekekeke...  

Agihan Pendapatan ASB 2011

Image
Gambar Di Dalam Utusan Malaysia Semalam PNB sudah mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun 2011. Bagi tahun sebelumnya 2010 ialah sebanyak 7.50 sen seunit manakala bonus pula sebanyak 1.25 sen seunit. Nampaknya hanya naik 0.15 sen sahaja berbanding tahun lepas untuk agihan pendapatan. Bonus pula turun sebanyak 0.10 sen. Bagi aku jumlah pendapatan yang diagihkan agak kecil berbanding dengan ekonomi semasa Malaysia yang agak kukuh sekarang. Kebanyakan syarikat-syarikat besar mengumumkan jumlah pendapatan mereka semakin bertambah berbanding tahun sebelumnya. Namun PNB masih menberikan alasan yang klise setiap kali pendapatan diumumkan iaitu "menyifatkan agihan pendapatan ASB pada tahun ini adalah terbaik selepas mengambil kira ketidaktentuan ekonomi dan pasaran kewangan sejagat." Malaysia dikatakan mahu menuju ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi tapi nampaknya PNB masih gagal menuju k...

Malaysia Mengaaauuuuummmm

Image
Kata-kata semangat Ong Kim Swee kepada Harimau Muda sebelum menentang Indon semalam " they don't respect you, they don't respect your flag, they don't respect your King and they don't respect your parents. If you allow this happen then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about " Mantap giler ayat untuk naikkan semangat Harimau Muda kita yang berjaya pijak ego Indon yang tak terkawal dah untuk Sukan Sea kali ini. Kata-kata OKS kesimpulan jelas apa yg berlaku di sana.. Pe2 pun tahniah Harimau Muda membawa kejayaan terbaik untuk Sukan Sea kali ini walaupun Sukan Sea di Indon nie dikatakan penganjuran yang paling teruk pernah diadakan. Malaysia 1 (4) - Indonesia 1 (3) Menang Penalti P/s: Bangga Jadi Rakyat Malaysia....

Takrif Elektrik Naik.. Grrrrrr

Image
Adeh......... sodeh aku baca berita yang takrif elektrik nak naik. Korang pun mesti dah taukan coz cite nie dah masuk paper semalam. Aku saja jew nak citekan gak huhuhuhu.... Tapi aku nie bukan yang jenis nak menghentam kerajaan tanpa sebab ke apa bila sesuatu tindakan tu diambil. Memang aku sebagai rakyat biasa memang terasa beban bila berlakunya kenaikan harga minyak, elektrik or barang. Mana tak nya gaji cam tu gak tak naik-naik. Kenaikan harga nie memang masalah global yang memang tak leh nak elak lagi-lagi ler dengan ekonomi dunia tak stabil... Aku bertabah jew ler. Kalau nak marah memang ler aku leh maki hamun gomen coz naikkan takrif elektrik. Tapi aku leh nampak usaha kerajaan untuk meminimunkan beban rakyat dengan tidak menaikkan takrif elektrik bagi penggunaan under 300kwj. Try tgk jadual aku tepek nie... Jenis Penggunaan (kWj) Bilangan Pengguna Bil Elektrik Semasa (RM) Bil Elektrik Baru (%  Kenaikan)* Perbezaan (RM) juta % 0...

Cuti MerdekaRaya

Image
Walaupun lambat lagi kita nak raya tapi aku nak share gak berita gumbira nie hehehe... leh cuti lama raya tahun nie. Yang paling best tak payah nak ambik cuti lama2. Paling tinggi pun 3 hari jew. huhuhh jimat cuti hahahaha. Pasal apa tu jom kita kongsikan. Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan 24/05/2011 12:28pm KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak. Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepas...