Posts

Showing posts with the label Edisi Review Drama

Running Man (런닝맨) Daebak

Image
Alang-alang aku dah mula posting balik kat blog nie baik aku ceritakan pasal hobi aku sekarang nie. Sementara ada mood nak berblog. Lately aku suka sangat tengok cerita Running Man. Bukan drama or movie korea tapi variety shows yang popular kat sana. Kalau ikutkan aku dah terlewat sangat untuk suka cerita nie setelah 105 episod ke udara di Korea.  Memang aku pernah gak tertengok cerita nie bila buka OneSD kat rumah kawan. Tapi tak ler addict sangat sebab tengok gitew-gitew jew. Tapi bila rumah aku dah ada Astro Beyond ( nak highlight gak beyond tuuu... siap decoder pvr lg.. kooo haddooooo??? heheheheeheh) mula ler terlayan cerita nie. Memang sepanjang masa asyik tergelak jew ler. Kalau diikutkan Running Man merupakan satu2nya variety shows yang mempunyai format permainan sebegini di Korea Selatan or boleh aku katakan di dunia. Dikategorikan sebagai Urban Action Variety dianggotai oleh Yu Jae Suk, Ha ha, Gary, Kwang Soo, Ji Suk, Jong Kok and So Ji hyon. Formatnya ...

BesT GiLer CiTe KasHaf Imani

Image
Hari nie pas balik kerja kul 4.30pm.... terus aku balik. Sebelum tu aku bayar dulu duit moto and pi klinik ambik ubat... Ubat apa??????????? Mana leh kasi tau huhuhuhu..... Sempat aku bungkus nasi goreng ayam kat bawak. Lapar siooot tak leh tak makan malam nie.... Huhuhuhu.... Taim aku makan aku layan pulak satu cerita drama yang memang dah lama aku download. Aku download cerita nie bukan apa sebab aku suka tol tengok Sharifah Amani nie... Dah ler cantik, kiut miut tambah ler lakonan dia memang mantap. berlakon bersama dengan Beto Kusyairi... Alaaa si Beto nie yang berlakon dalam cerita Geng Surau tu... Razif atau Mayat dalam cerita tu.... So aku rase cam ada sesuatu yang menarik pada cerita nie... Maka hari nie ler aku baru berkesempatan nak tengok... huhuhuhu... Kisahnya mengenai Imani yang dikurniakan oleh tuhan keistimewaan dimana tiada hijab baginya melihat roh orang mati atau yang dalam koma. Ini gara2 Imani pernah koma akibat kemalangan yang menyebabkan ibubapa dia meninggal...

DraMa SeRieS JePuN - ProPoSaL DaiSaKuSen (OpEraTioN LoVe)

Image
Propasal Daisakusen Ok aku baru jew habis tengok cerita Jepun Proposal Daisakusen atau dalam bahasa orang putihnya Operation Love . Bizi dengan penuh study untuk ujian pun sempat aku curi masa tengok cerita nie. Biasanya aku ambik masa tgk cerita nie pagi sebelum mula kerja and rehat tengahari.. Sempat ler dalam sehari boleh tengok 2 episod. Kalau ikutkan cerita nie ada 11 episod and extra 1 special episod... Biasanya kalau kat jepun ada special episod kira demand tinggi gak ler cerita nie. Yamashita Tomohisa as  Iwase Ken @ Kenzo Kalau diikutkan ini antara cerita yang paling awal aku download . Tapi tak tengok-tengok sampai habis. Setakat episod 1 jew pastu aku cam rase kurang best tu yang aku tak continue sampai habis. Starting dia setakat OK ler. Ada jew cerita nie dalam hard disk aku tu. Adik aku Azhar pun duk ambik cerita nie. Dia dah tengok abis cakap cerita nie memang best. Mantap sehh katanya. Kengkawan Poli serumah dia pun duk layan cerita nie. Best ...

Drama Series Jepun - Mei-chan no Shitsuji (Mei-chan's Butler )

Image
Ok kali nie aku nak share dengan korang semua pasal drama series Jepun yang aku layan baru-baru nie. Cam biasa ler dah lama download baru sekarang nak tengok. Mei chan no Shitsuji atau dalam orang putihnya Mei-chan Butler. Eikura Nana sbg Shinonome Mei Mizushima Hiro sbg Shibata Rihito Kisahnya bermula dengan seorang remaja perempuan yang bernama Shinonome Mei lakonan Eikura Nana hidup bahagia dengan familynya walaupun hidup biasa-biasa jew dengan meniaga Udon . Kira dia nie memang terbaik kalau masak Udon tu. Bak kata orang terbaik dari ladang. Tapi segalanya berubah bila ibu dan ayahnya mati dalam satu kemalangan. Kemudian tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki kacak Shibata Rihito lakonan Mizushima Hiro. Dia memaklumkan bahawa Mei merupakan pewaris Hongo orang kaya yang terkenal di Jepun. Sejak itu Mei terpaksa bertukar sekolah ke  St. Lucia Girls' Academy. Sekolah nie memang besar giler kalau diikutkan 1/3 dari keluasan Tokyo. Mana tak semua yang belajar kat sit...

Drama Series Jepun – Maou (The Devil)

Image
Kali nie aku tengah duk tgk cite drama jepun yang dah lama aku download. Baru berkesempatan nak tengok cite nie. Tajuknya Maou a.k.a The Devil….. woooo tajuk pun gempaq jew bunyinya. Cite Maou nie klu ikut kan memang citarasa aku Suspense drama. Jalan cite dia pantas dan tuntas, tak meleret2 pun sebab tu aku memang suka layan cite jepun. Kisahnya bermula seorang peguam  yang dilakonkan oleh Ohno Satoshi sebagai Naruse Ryo/Manaka Tomoo. Berdendam sangat dengan mamat sorang nie Serizawa Naoto yang dah jadi Detective Polis sangat berkaliber, kira penegak keadilan gitew. Mamat polis nie dilakonkan oleh Ikuta Toma.. alah second hero dalam cite Hazakari No Kimitachi E. Nak tau sebab apa peguam nie berdendam sangat dengan Serizawa???? Ia bermula 11 tahun dahulu di mana adik si Manaka Tomoo mati ditikam oleh Serizawa yang tengah duk buli adik si peguam tu bersama kawan2 rapat dia. Kira si Serizawa taim sekolah gangster kampong pisang lerr. Apa lagi mati katak ler adik si peguam tu… sbb p...