SeJaRah DuNia BaKal BeruBah?? Malaysia Pusat KeTamaDunaN DuNia
Woooowwww............. itu ayat pertama yang aku boleh ungkapkan bila aku baca keratan akhbar di dalam Kosmo 14hb Feb 2011 yang bakal mengubah segala sejarah yang selama ini kita belajar mengenainya. Pertemuan artifak berusia 1.83 juta tahun di Bukit Bunuh, Lenggong Perak membuktikan segala andaian umat manusia bermula di Afrika boleh dinafikan. Selain itu mengenai hidup masyarakat Paleolitik dahulu yang suka berpindah randah adalah tidak benar. Meh aku tepek berita tu bha...
LENGGONG, 14 Feb – Penemuan bukti di Bukit Bunuh menjadikannya salah sebuah tapak Paleolitik terpenting di dunia kerana mendedahkan sebuah kompleks Paleolitik seluas 4 km persegi dengan pentarikhan lebih 1.83 juta tahun, 40,000 dan 30,000 tahun dahulu. Ini meletakkan Bukit Bunuh sebagai tapak tertua dunia yang berada di luar Afrika, dan mempunyai pentarikhan kronometrik.
Maka, penemuan Bukit Bunuh telah mengukuhkan lagi bukti prasejarah di Lembah Lenggong, dan menjadikannya sebuah lembah arkeologi yang penting di dunia.
“Bukti-bukti yang ditemui dalam penyelidikan di Bukit Bunuh yang dilakukan sejak tahun 2001 menunjukkan yang tapak ini dihuni secara berterusan,” jelas Mokhtar.
“Bukit Bunuh menjadi pilihan kawasan petempatan awal kerana ia menyediakan sumber alam yang diperlukan untuk menyediakan peralatan batu serta mempunyai persekitaran kuno yang mempunyai sumber air dari tasik kuno, flora dan fauna yang diperlukan mereka,” kata Mokhtar.
Penemuan bukti penggunaan kapak genggam yang diumumkan pada tahun 2009 menunjukkan bahawa kawasan ini adalah satu-satunya tapak Paleolitik dunia yang berfungsi sebagai bengkel membuat alat batu dan berterusan digunakan daripada semasa ke semasa sejak lebih 1.83 juta tahun dahulu. Kapak-genggam ini juga merupakan yang tertua di dunia buat masa ini
Penyelidikan di Bukit Bunuh juga menemukan bukti tentang sebab kemusnahan budaya awal Paleolitik ini akibat jatuhan meteorit pada 1.83 juta tahun dahulu yang telah dikenalpasti melalui bukti geomorfologi, kehadiran batuan suevit dan geologi kawasan.
“USM telah dilantik oleh Jabatan Warisan Negara sebagai penulis dossier (cadangan) kepada UNESCO dan usaha ini telah dilakukan sesuai dengan penglibatan para penyelidik USM yang telah melakukan penyelidikan arkeologi sejak tahun 1987, yang memberi impak besar kepada dunia,” kata Pengarah Pusat Arkeologi Global, Prof. Madya Mokhtar Saidin ketika membawa para pemberi media melawat Bukit Bunuh hari ini.
Cadangan akhir telah pun dikemukakan oleh Jabatan Warisan Negara kepada UNESCO pada Januari lalu setelah draf pertama dihantar pada tahun lalu.
Pihak Jabatan Warisan Negara memaklumkan pasukan dari UNESCO dijangka melawat kawasan ini pada bulan Julai tahun ini dan pengumumannya dijangka dibuat pada tahun hadapan.
“Pengiktirafan ini penting bagi memastikan artifak-artifak yang ada termasuk batu-batu suevit yang terdapat ribuan banyaknya di kawasan ini yang perlu dipelihara sebagai warisan Negara dan terus diselidiki untuk mendapat gambaran sebenar siapakah mereka yang menghuni di kawasan ini sejak lebih 1.83 juta tahun lalu yang sebenarnya berupaya mengubah beberapa teori tentang masyarakat Paleolitik sepert teori normadik dan pergerakkan manusia awal,” jelas Mokhtar.
Teori normadik tentang kebudayaan Paleolitik sebelum ini menyatakan bahawa mereka hidup berpindah randah manakala penemuan bukti di Bukit Bunuh menunjukkan bahawa masyarakatnya tidak sedemikian kerana keperluan asas yang diperlukan sebagai manusia adalah melebihi keperluan.
Para pemberita dibawa melawat dan melihat dari dekat bukti-bukti yang ada termasuk kemungkinan tulang manusia dan kesan-kesan daripada berlakunya bencana meteorit yang terdapat pada serpihan batu dan alat kapak genggam yang boleh dilihat begitu banyak terdapat di kawasan ini.
“Adalah amat merugikan negara, apabila kawasan dan penemuan ini tidak dipelihara dengan sewajarnya, apatah lagi dalam usaha kita untuk mengenal pasti siapakah sebenarnya penghuni asal yang dimaksudkan yang boleh terus diselidiki melalui pelbagai artifak yang sedia ada, sedangkan di kebanyakan negara ia terpelihara dan dijaga agar tidak mudah diusik oleh sesiapa sahaja,” kata Mokhtar di akhir lawatan di kawasan yang terletak dalam estet kelapa sawit yang dahulunya rimba, kemudiannya dijadikan kebun getah.

So kiranya sejarah Dunia bermula di Malaysia ler kalau berjaya dibuktikan dan diiktiraf oleh UNESCO nanti. Teori yang cakap orang melayu berasal dari Tanah Besar Cina ada salah ler gayanya. hehehe.... Tapi masih ada yang try cuba menafikan pertemuan yang dijumpai di Bukit Bunuh tu mengatakan yang mungkin para Pengkaji kita tersilap mengambil sample batu meteor tu. Alahai diorang ingat pengkaji USM tak terror ke??? Diorang lagi hebat dari korang tau huhuhu.... Mustahil artifak Kapak yang dijumpai oleh menipu karbon dating yang dibuat. Wallhualam....
Selain itu kalau korang nak tahu dahulu tanah ini dikenali sebagai Pentas Sunda antara yang teringgi di dunia. Tapi bila berlaku banjir besar menyebabkan Pentas Sunda tenggelam meninggalkan segala sejarahnya. Aku rasa banjir nie mesti berkaitan mengenai banjir pada zaman Nabi Nuh A.S yang diceritakan di dalam Al-Quran . Terbukti juga dalam Model Dyras Flood. Oleh sebab tanah ini berkedudukan di paras yang tinggi maka sebahagian daripada ketamadunan itu masih lagi terselamat dan tertinggal di puncak gua-gua yang tinggi dalam jangka masa yang lama.
Ketika banjir yang berlaku itu juga terdapat Remnant yang melarikan diri untuk menyelamatkan diri daripada banjir tersebut keluar daripada Pentas Sunda dan mendarat di kawasan-kawasan yang pelbagai tempat. That why ler kalu kita kaji mengenai Aborigin, Orang Asli, Suku Kaum Mayan dan lain-lain terdapat ciri-ciri yang sama pada mereka.
Ini ler asalnya Melayu yang sebenar yang kalau betul penemuan Lenggong itu terbukti benar maka orang Melayu ini pulang kembali ke tanah asal sahaja huhuhuhuh..... Bagai Sirih Pulang Ke Ganggang.....
p/s: Buat penat jew belajar sejarah dulu kalau semuanya silap selama ini. Ingat lagi pasal Zaman Peliolitik, Mesolitik, Logam ler apa lagi aku dah tak hinggat huhuhuh
info berguna..
ReplyDeletebergunanya infooo
ReplyDeletenoks.. paling boring sejarah... kalo cikgu bagi soalan.. mesti nama aku yg pertama dia sebut.. hak3
ReplyDeleteaku suka sejarah huhuhuh.....
ReplyDelete