Kisah Piramid DiPolitikkan
Hmmm aku baru tengok berita tadi kisah perpindahan rakyat Malaysia keluar dari Eygpt atau Ops Piramid. Pada pandangan aku langkah kerajaan memindahkan sementara rakyat Malaysia ke Jeddah merupakan satu langkah yang sangat bijak.. Keadaan Mesir yang semakin kucar kacir dan penunjuk perasaan yang semakin liar mungkin menjadi sebab utama keputusan itu dibuat. Lagi pun keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir yang lebih 10,000 orang perlu diutamakan.
Bayangkan dengan hanya beberapa buah pesawat daripada TUDM, MAS dan Air Asia terpaksa bertungkus lumus memindahkan jumlah yang sebanyak itu. Langkah awal mengeluarkan rakyar Malaysia ke Jeddah dapat memastikan proses menyelamatkan rakyat Malaysia berjalan lancar. Sekiranya terus ke Kuala Lumpur akan mengambil masa yang lebih lama untuk dipindahkan sedangkan keadaan semakin meruncing dan tidak terkawal di sana. Jika apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku kepada rakyat Malaysia akibat kegagalan kerajaan memindahkan segera rakyat Malaysia di Mesir pasti mendapat hentaman ramai.
Jangan politikkan usaha kerajaan selamatkan rakyat Malaysia di Mesir - Muhyiddin
04/02/2011 4:51pm
MUAR 4 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pihak tertentu supaya tidak mempolitikkan pelan tindakan menyelamat dan membawa pulang 11,000 rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir.
Beliau menegaskan, usaha menyelamat itu bukan perkara yang mudah, sebaliknya memerlukan perancangan rapi.
"Kita mahu mengambil langkah secepat seperti yang kita mahu, tetapi kerana ada peraturan-peraturan tertentu bukan sahaja di Mesir bahkan kita perlu mendapatkan kebenaran kerajaan Arab Saudi untuk menempatkan anak-anak kita di Jeddah.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mendapat kebenaran Arab Saudi, tetapi bukan mudah untuk melaksanakan,” katanya pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan kawasan Dewan Undangan Negeri Jorak di Sekolah Kebangsaan Sungai Raya, Bukit Pasir di sini hari ini. - Bernama
Tapi yang mengecewalan aku kenapa isu Ops Piramid ini dipolitikan. Nampak sangat ahli politik Malaysia nie sangat tidak matang sehinggakan isu-isu seperti ini mahu dijadikan isu untuk memburukkan Kerajaan. Bagi mestikan mereka dapat berkuasa pada masa akan datang dengan mempolitikan isu ini. KENAPA... KENAPAAAA.....????????? Tolong ler... makin meluat aku.
Apa yang perlu kita sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah agar semua rakyat Malaysia selamat dan proses OPs Piramid itu berjalan dengan lancar. Alhamdulillah banyak masjid-majid telah melakukan solat hajat memohon keselamatan rakyat Malaysia, Harap kita terus berdoa dan berdoa.
p/s: bersyukur dengan Malaysia yang aman damai... moga terus berkekalan. Amin
Comments
Post a Comment