DraMa SeRieS JePuN - ProPoSaL DaiSaKuSen (OpEraTioN LoVe)

Propasal Daisakusen

Ok aku baru jew habis tengok cerita Jepun Proposal Daisakusen atau dalam bahasa orang putihnya Operation Love. Bizi dengan penuh study untuk ujian pun sempat aku curi masa tengok cerita nie. Biasanya aku ambik masa tgk cerita nie pagi sebelum mula kerja and rehat tengahari.. Sempat ler dalam sehari boleh tengok 2 episod. Kalau ikutkan cerita nie ada 11 episod and extra 1 special episod... Biasanya kalau kat jepun ada special episod kira demand tinggi gak ler cerita nie.

Yamashita Tomohisa as  Iwase Ken @ Kenzo
Kalau diikutkan ini antara cerita yang paling awal aku download. Tapi tak tengok-tengok sampai habis. Setakat episod 1 jew pastu aku cam rase kurang best tu yang aku tak continue sampai habis. Starting dia setakat OK ler. Ada jew cerita nie dalam hard disk aku tu. Adik aku Azhar pun duk ambik cerita nie. Dia dah tengok abis cakap cerita nie memang best. Mantap sehh katanya. Kengkawan Poli serumah dia pun duk layan cerita nie. Best sangat ke?????


Akhirnya aku beroperasi ler menonton kisah nie.. Kalau korang nak tau kisahnya bermula dalam satu perkahwinan yang dihadiri oleh Iwase Ken atau Kenzo. Ini majlis kawin kawan baik si Kenzo nie sejak kecil lagi Yoshida Rei. Diorang kalau ikutkan memang tersangat ler rapatnya sejak sekolah rendah sampai ler universiti. Ke mana saja diorang pergi pasti bersama termasuk 3 kawan baik diorang yang lain Eri, Tsuru dan Mikio.

Tapi yang peliknya walau serapat mana pun diorang Kenzo dan Rei  tak kawin bersama. Pada majlis perkawinan tu ler yang menyebabkan Kenzo baru betol-betol tahu sebenarnya dia sangat cinta dan sayangkan si Rei nie. Rei telah berkahwin dengan bekas guru pratikal diorang Tada Tetsuya yang penah mengajar di sekolah menengah diorang dulu. Kiranya kekesalan tahap cipan memang melanda si Kenzo nie sebab gagal menakluki cinta si Rei nie. Tu ler sapa suh ko lambat hak3..... Si Rei dah kawin pun wehhh.. Bertabahler Kenzo ooiii...

Nagasawa Masami As Yoshida Rei
 Sewaktu majlis tu ada ler tayangan slide sepanjang kehidupan si pengantin.. Ada ler gambar si Kenzo dan Rei bersama-sama. Bila Kenzo tengok slide tu dia rasa kalau dia dapat mengubah apa yang berlaku sepanjang kehidupan yang lepas dan cuba menawan hati kembali Rei pasti dia akan lakukan. So nak di jadikan cerita tetiba waktu sekeliling terhenti muncul ler seorang Yosei atau Fairy nak tunaikan permintaan si Kenzo nie. Fairy tu bagi peluang kepada Kenzo untuk ubah apa yang berlaku. Cuma yang menarik Fairy tu akan menghantar Kenzo back to the future sebelum picture tersebut diambik. Dia perlu berusaha mengubah disebalik gambar tu sebab ia akan membawa kesan kepada perhubungan antara Kenzo dan Rei.

Maka kembali ler ke zaman lepas si Kenzo nie untuk menawan hati Rei... Kalu diikutkan si Rei nie memang ada hati kat Kenzo nie sejak kecik lagi. Tapi dek kerana sikap main-main dan tak serius si Kenzo menyebabkan dia berputus asa terhadap Kenzo. Gelaran Kenzo nie pun hanya Rei sorang jew yang panggil. Sebab apa panggil Kenzo memang ada dikisahkan dalam cerita nie. Kenzo try ler mengubah apa yg berlaku disebalik gambar tu sebelum gambar tu benar-benar ditangkap. Bila masa is time dia akan kembali semua ke waktu asal ketika gambar tu ditangkap.

Kenzo, Rei, Mikio, Tsuru and Eri

Apa yang berlaku bila dia kembali semula????? Dia berjaya mengubah apa yang berlaku???? Jawapannya hampeh... memang Rei tetap juga berkahwin dengan Tada. Cuma apa yang berlaku picture dalam gambar tu ada berubah sikit. Sebelum tu sepatutnya wajah Rei masam tapi kali nie Rei nampak happy. Kenzo ingat dia telah gagal tapi Fairy tu cakap dia sedang mengubah sedikit hati Rei kembali pada Kenzo.. The next slide picture pun Kenzo kena usaha gak ubah sebab dia gagal ubah sebelum nie. Kalau ikutkan banyak kali si Kenzo diberi peluang oleh Fairy tu kembali ke masa belakang untuk luahkan isi hati pad Rei.. tapi setiap kali tu ler dia gagal...

Sama ada Kenzo berjaya atau tak korang kena tengok sendiri ler cerita nie. Nak cerita lebih tak best plak nanti.. Tapi aku boleh jamin cerita nie SANGAT BEST... tak penah ler aku rase seteruja ini selain tengok cerita Hana Yori Dango huhuhuhu... Lagu dia pun aku suka bha... best2 semua... Korang layan Ok...





Comments

  1. aku pun cam ko (sikit la...haha)...
    cite ni ada je dlm external HDD aku tp sampai skang aku x tgk2 pun..

    nampak cam best je...

    ReplyDelete
  2. sila ler tgk... bagi aku best ler bha hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6