TravelLog KeKoreaKeKita 2.0 2015 (Day 4) - Olympic Park & Jeju Island


Hari ini keluar GH agak lewat sekitar pukul 10.00 pagi. Check out dan minta izin tinggalkan beg sebelum ambil semula pukul 3.00 petang. Misi seterusnya ke Olympic Park. Jangan terkejut dari Bangi boleh sampai Seoul okey huhuhu (Sila rujuk gambar).

Sampai stesen aku lapar walaupun baru makan. Singgah 7E beli gimbab. Sedap...



Wow.. aku suka. walaupun masih belum sampai ke park. Layankan jew gambar






















Makin masuk ke dalam makin cantik pemandangan. Seperti biasa memang banyak aktiviti yang dibuat orang Korea di sini. Ternampak kumpulan merpati aku acah-acah kacau huhuhu.. Seperti di alam mimpi.




















Sambil lihat permandangan yang ohsem aku mencari juga mercu tanda utama Olympic Park iaitu Olympic Gate. Baca dalam blog dikatakan keluar jew pintu gate Subway akan tersergam Olympic Gate. Adakah mungkin telah diruntuhkan sebab sampai ke sudah aku tak jumpa walaupun dah tawaf satu Park. Tengok direction ada "stand alone tree" so gigih ke sana.

















Settle tawaf satu Olympic Park segera kembali ke Bongbackpakers untuk ambil beg. Kesilapan aku hari tu ternaik Subway line no 5 ke Gimpo Airport. Sepatutnya tukar kat Seoul Station naik Airport Rail lagi cepat dan tuntas. Sampai airport Flite delay pulak 2 jam. Bertabah jew menunggu dan selepas ini memang aku tak ambil gambar sangat. Sampai Jeju lagi tak ada. huhuhu




Sampai Jeju Airport dalam pukul 9.30pm. Follow intruction untuk ke The Forest GH. Pergi ke Gate no 2, naik bus 100 dan turun di Dongmun Rotary.




Sumber dari web The Forest sendiri. Senang sangat nak jumpa GH nie kalau follow instruction lepas turun di Dongmun Rotary Stop. Check in, masuk bilik ber4, mandi, makan, dan rehat. Esok misi utama ke Jeju ialah menawan Hallasan road Seongpanak.






Comments

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6