Lebih dua bulan berlalu percutian aku di Korea Selatan ( Selepas ini aku panggil Korea sahaja). Percutian yang hampir 100% yang aku rancang dan uruskan sendiri dari hunting tiket, penginapan, tentatif dan sebagainya yang tak pernah aku buat sendiri sebelum ini. Biasanya kalau vacation ke mana-mana memang aku bergantung harap dengan kawan-kawan. Aku follow atau bagi tempat yang ingin dilawati sahaja. Hopefully aku dapat habiskan travellog Korea aku kali ini. Travellog Surabaya masih pending dan Inshaallah kalau masih gigih aku akan sambung semula.
Persiapan macam biasa last minit untuk kemas barang dan segala keperluan masuk ke dalam bagpack. Terima kasih Kak Noren kerana sudi meminjamkan beg. Macam biasa stok sambal ikan bilis wajib ada dan aku minta tolong kawan aku tu sahaja uruskan. Sambal ikan bilis dia memang sedap. Lain-lain Maggi Kari dan Assam Laksa, 3in1 Milo dan Nescafe, ubat-ubatan dan keperluan lain.
|
Duit yang dah ditukar. Terasa sangat mahal coz 1000 won dapat RM3.73 sangat berbeza berbanding tahun lepas 1000won dalam RM3.30 sahaja. |
|
Tu dia.. 2 beg tapir nak diangkut ke Korea. Warna biru masuk luggage. |
Disebabkan tiada siapa dan tak mahu menyusahkan orang lain awal pagi untuk hantar kami ke airport makanya 29hb Oktober pukul 11.30mlm bergerak dari rumah kawan aku ke Putrajaya Sentral atas bantuan abangnya. Sampai ke KLIA2 dalam pukul 12.30 am dan mati kutu menunggu sehingga pukul 6.00am untuk drop luggage. Dalam pukul 8.00am lebih Flite Air Asia X D7 504 terbang menuju ke Seoul yang memakan masa 6jam 20min. Oh ya.. Walaupun 2 orang kawan aku tak jadi pergi tapi aku masih check in nama mereka untuk dapat tempat duduk selesa. Nama mereka dipanggil sebelum fly untuk confirmation dan dengan tanpa rasa serba salahnya aku maklumkan mereka last minit cancel. Mungkin disebabkan itu flite lewat terbang beberapa minit hehehe. Ya ampuuuun. Di dalam flite aku banyak habiskan masa menonton Grey Anatomy season 5 dalam iPad (kesiankan sebab baru nak layan cerita yang sangat best ini). Tidur dapat sekejap sahaja dalam sejam sebelum makan dihidangkan.
|
Di KLIA2 lepak di Gloria Jean's sampai Subuh |
|
Selepas drop bag dan segera masuk ke pintu pelepasan Antarabangsa |
|
Flite tak full sangat dan ramai yang tukar tempat duduk dengan bebas kecuali Hot seat kena bayaran tambahan. |
|
Yey.. waktu makan. aku dah booking awal Nasi Ayam dan upgrade meal |
|
Perut lapar semua jadi sedap. Tart dia agak manis |
Alhamdulillah 30hb Oktober pukul 3.30pm selamat mendarat di Incheon International Airport dengan suhu sekitar 5 darjah celcius. Segala urusan imigresen dan kastam di sana berjalan lancar sahaja. Orang sangat ramai walaupun flite aku tadi tak berapa penuh. Lebih sejam juga untuk settle semuanya. Selepas keluar pintu utama terus cari 7E untuk top up T Money dalam 50k won seorang dan perkara wajib setiap kali rakyat Malaysia sampai di Korea ialah minum susu pisang a.k.a banana uryu. Aku agak hampa juga sebab tak jumpa air coffee kegemaran aku. Selepas melepaskan lelah minum susu pisang mission seterusnya menaiki Airport rail ke penginapan kami di Seoul. Segala detail nak ke sana aku tak perlu terangkan sebab terlalu banyak blog dah terangkan mengenainya. Aku just follow signboard dan happy walking sahaja. Boleh juga naik bus ke Seoul tapi tiket dalam 10k won dan bagi aku mahal dan membazir. Baik ambil keretapi sahaja jimat lebih separuh. Demi penjimatan gigih mengendong tapir (beg) depan dan belakang masuk subway.
|
Selamat mendarat dengan jayanya |
|
Keluar last sekali. Relax take it easy |
|
Gambar wajib ambil bila sampai airport |
|
Korea aku sampaaaaiiiiiiii...... |
|
Memasing muka teruja. Menunggu transitrail sampai |
|
Sini pun jadi. Transitrail setiap lima minit sampai untuk pickup luggage di terminal yang berlainan |
|
Bapak ramai giler. |
|
Jammed sebentar |
Untuk ke Seoul mengambil masa dalam 1jam 15min dan aku terus ke Guesthouse (GH) yang telah dibooking di Agoda hampir 5 bulan lalu iaitu Philstay DDP Guesthouse. Dari Incheon Airport transfer sekali di Hongik Uni ke Line 2 dan turun di Dongdaemun History and Culture Park Station. Keluar sahaja station ini memang terus berada di DDP Plaza. Cantik gila bangunan ini yang direka arkitek terkenal Zaha Hadid. Disebabkan masih tercari-cari GH nya di mana maka kecantikan bangunan itu diabaikan dulu. Tak tahu kenapa lah langsung aku tak study cara nak pergi ke GH nie. Asalnya aku booking GH ni disebabkan untuk menunggu kawan aku sorang lagi yang akan fly esoknya sebelum sama-sama duduk sekali. Namun hampa dia pun tak jadi pergi. Nak batal tak boleh akan rugi 15 dollar. Berbalik kepada mencari GH ni, aku redah saja keluar pintu entah no berapa. Melilau mencari bangunan GH yang aku ingat-ingat lupa dalam internet. Mencari wifi free tak ada pula. Suhu sangat sejuk buat otak aku jadi freeze. Gagal berfikir dengan sempurna. Aku hanya bergantung harap pada alamat GH yang ada. Mula-mula pusing satu DDP plaza untuk cari bangunan GH. Kawan aku lagi ler tak tahu apa-apa dan 100% mengharapkan aku untuk study semua benda. Last aku minta kawan aku tanya pada seorang aweks cun Korea nie untuk ke GH tu. Dia pun tak sure dan sedaya upaya nak tolong. Bila tak jumpa lagi kami kembali ke DDP plaza dan jumpa tourists information. Alhamdulillah finally jumpa GH tak lah jauh sangat dari Subway. Terima kasih kat kawan aku yang banyak tanya orang, kalau nak harapkan aku bertanya susah ler sikit hehehe
Aku booking semalam sahaja bilik 8 katil dalam RM50 sorang semalam. Masa check in urusan senang dan mudah dan bilik kami berada atas sekali di rooftop. Bilik ok saja kalau untuk satu malam. Agak sempit tapi bersesuaian dengan harga. Bagi aku GH nie lengkap dan lagi best kalau tak ambil bilik 8 katil. Letak beg dan landing sekejap atas katil dalam 5minit terus keluar semula cari makan. Perut lapar sangat dan boleh makan di sana yang aku nampak Lotteria macam McD. Order shrimp burger set dan makan dengan rakusnya. Dont worry Lotteria boleh sahaja di makan seperti yang disuggest student-student Malaysia di sana. Tak payah banyak pikir untuk mencari cop halal bagai.
|
Muka kekenyangan. Ini jew pix yang ada masa mkn kat Lotteria |
Selepas selesai pusing-pusing sebentar melihat keindahan DDP plaza waktu malam. Bagi aku sangat lah cantik bangunan ini lagi bila disimbahi lampu-lampu. Tapi aku tak dapat nak menikmati keindahannya lama sebab kesejukan yang teramat sangat. Balik bilik tak tukar baju pun baring sahaja terus pengsan. Tamat untuk hari pertama
P/s: teringat-ingat lagi seronoknya pergi bercuti ke Korea nie bila typing chapter nie.. Hehe
Comments
Post a Comment