Review Nur Kasih The Movie..
Makluman : Entri ini telah dibuat lebih awal pada Khamis 8.00mlm.. Tapi postkan lambat coz tak nak bagi tau kat Geng Borak yang aku dah tengok awal. Ari sabtu nie kami reramai nak tengok Kat Berjaya Times Square sesama. Tiket pun dah booking. huhuhuuhu ya Ampuuun. Ahaks
Baru sahaja lepas melayan cerita Nur Kasih The Movie di MBO Viva Home sebentar tadi. Gigih selepas balik kerja terus pergi sana. Seperti yang dijangka tiket mesti ada kalau di sana. Mulanya aku confused sama ada nak tengok Pirate of Caribbean or Nur Kasih. Bukan apa hari sabtu ini memang aku dah booking 5 seat untuk tengok Nur Kasih dengan member Forum Cari aku. Lepas timbang tara tengok waktu tayang dan sebab nak tengok maka aku pilih Nur Kasih The Movie. Pirate tu aku nak tengok dalam 3D baru puas hati tengok gambarnya. Tadi pukul 6.30 petang baru nak tayang.
Ok seperti yang kita tahu drama siri Nur Kasih memang jadi fenomena tahun 2009 kalau tak salah. Rating paling tinggi sampai 8 juta orang yang tonton rekod baru dalam sejarah drama Melayu. Aku mula-mula memang tak layan cerita nie sangat. Cuma aku download jew kat jiwang torrent. Tapi dek orang asyik cite mana2 pasal Nur Kasih so aku gigih ler marathon tengok cite nie 2 minggu sebelum drama nie tamat. Bayangkan lebih 20 episod aku kejan.... Tapi memang tak menyesal coz drama nie memang best gilerrrr.... Aku cuma tengok last episod jew langsung kat tv huhuhuhuhu. Bila Khabir Bhatia cakap nak sambung drama siri nie ke pawagam memang aku set filem mesti tonton hahahaha...
So hari ini memang expectation aku sangat tinggi dengan filem Nur Kasih nie. Maklum ler peminat setia hahahaha. Permulaan cerita nie okey mengisahkan kasih sayang Adam dan Nur yang masih kekal. Namun si Aidil nie pulak kehilangan Alia sebab kemalangan. Tinggal ler 2 orang anak Ilyas dan Mariam. Kira aku nampak memang sangat tersiksa jew rupanya Aidil tu bila kehilangan isteri. Then mula ler berkembang ceritanya pasal kehidupan Adam dan Nur and pelbagai cabaran yang diorang hadapi. Kandungan gugur ler, pelanggaran keretapi and banyak dugaan lain.
Bagi aku cerita dia makin lama makin mendatar dan membosankan. Babak kat Jordan tu aku rasa cam boring sangat situasinya. Lokasi dan penggambarannya memang superb tapi perlu ke??? Makin tak best jadinya. Hilang aku punya mood jew rasanya. Masa kemalangan keretapi tu Nur memang dalam keadaan yang cedera and tak sedarkan diri. Then ada babak yang Adam memohon kat Allah agar selamatkan Nur dan dia redho kehilangan segalanya melainkan Nur.. Tetiba kat belakang tu Nur dah tersedar and panggil Adam. Babak tu dalam panggung ramai yang gelak, Aku pun nak tergelak gak tapi kuasa tuhankan tak ada yang mustahil. Lepas tu aku tengok jalan ceritanya cam jadi kelam kabut jew dan membosankan. Cincin hilang, adam hilang, ribut pasir bagai. Makin down aku rasa. Aku tahu cite cuba nak sampaikan yang dugaan antara Adam dan Nur tapi keadaan tu kurang menarik bagi aku.
Tetapi akhirnya penyelamat keadaan tetiba jew sampai bila babak di mana Adam nak kasi cincin kat Nur yang hilang tu. Pup lagu Yasin Nur Kasih masuk... waaahhh semangat balik aku nak menonton. Macam spirit, soul or nyawa dalam Nur Kasih tu tetiba menyerap dalam filem tu. Memang dasyat tol ler penangan lagu Nur Kasih Yasin nie dalam filem and drama nie. Jalan cerita makin menarik dan lancar. Ini ler baru Nur Kasih yang sebenar bagi aku. huhuhu. Ok nak cite panjang2 pun tak reti so aku nak cite beberapa part yang menarik:
1. Masa nak tidur malam tu si anak Aidil, Mariam datang bagi tau ayahnya nak tidur dengan Mak Su and Pak Su (Adam dan Nur). Pastu anaknya satu lagi si Ilyas pulak cakap kat ayahnya nak tidur dengan neneknya. Tapi Ilyas serba salah and sedih bila ayanhnya sensorang. Siap tanya " Ilyas tidur dengan nenek tapi ayah tidur dengan sapa?" Wah giler sayu plak aku dengar ayat tu. Pandai si Ilyas nie.
2. Aksi Adam bila tahu Nur mengandung... Jaga tol dia Nur bagai tatang minyak penuh. Memasak pun Adam buat. Tapi tak sedap mana pun huhuhu.
3. The best part yang mengembalikan aura Nur Kasih bila Hassan (anak org Jordan) menyerahkan cincin Nur yang hilang pada Adam yang cedera. Taim tu ler lagu Nur Kasih Yasin kuar... Fuhhh.. Lagi ler bila Adam serahkan cincin tu kat Nur bila diorang berjaya balik jumpa adam
4. Situasi macam mana Nur menghadapi dugaan untuk menjaga Adam yang sakit. Sampai duit perubatan pun susah nak jelas. Sepanjang tu Nur gigih berusaha cari rejeki. Adam mmg sedih giler bila nampak Nur macam tu. Sakit2 pun sempat Adam tolong Nur dalam diam untuk siapkan lukisan lakaran projek. Paling tersentuh walaupun sangat memerlukan duit tapi Nur tolak tawaran dari sebuah company yang mintak design sebuah kelab hiburan. Prinsip hidup yang bertentangan dengan Islam tetap dipertahankan. I loooike..........
5. Mula2 aku dah agak jalan citenya bila Adam sakit susah nak sembuh melainkan ada penderma. Aku budget Adam akan mati and Nur akan berkahwin dengan Aidil. Siap Adam pesan suh jaga Nur kalau dia dah tak ada. Tapi aku memang tak leh terima klu jadi camtu. Tapi itu yang aku makin nampak. Cehhhh mmg unexpected sungguh bila Adam dah nak nazak de pulak peristiwa yang menyebabkan Adam dapat penderma last minit. Itu pun daripada budak yang memang Adam jaga kat pusat asuhan remaja.
6. Ending yang cukup menarik aku rasa. Patut ler sepanjang cerita tu aku pasan ada jew kelibat orang pakai baju hitam and tangan dah berkedut. Rupanya tu Nur yang dah tua. Suara Dato Rahim Razali tu Aidil yang ceritakan pada Nur yang aku rasa dah nyanyuk pas Adam meninggal. Itu pun masa masing2 dah tua. Aidil terus jaga Nur sbb itu janji dia pada Adam. Walaupun cam tu satu2nya harta yang Adam tinggalkan iaitu anaknya Said (klu aku tak salah dengar) jew yang dia masih ingat and kenal.
Pandai Khabir cari budak nie. Tapi watak Mia Sarah lakonan dia kaku jew memanjang. Harap comel jew Mia nie... Antara babak dalam Nur Kasih The Movie
Apa-apa pun tahniah kepada Khabir, crew and pelakonnya coz menunaikan impian peminat-peminat Nur Kasih dengan membuat kesinambungan kisah Adam, Nur dan Aidil ke layar...
Untuk filem Nur Kasih The Movie aku kasi A- . Itu pun hampir-hampir nak ke B+. Bagi peminat setia drama Nur Kasih filem ini wajib tonton bagi mengetahui pengakhiran kisah Adam dan Nur.
p/s: aku mmg xleh terima yang Norman Hakim jadi watak Ilyas bila besar hahahaha... sangat hampeh rasanya. Ahaks
hahah...pendapat aku mmg boring la cite ni..aku tak jumpa tang mana yg menarik...mmg menghampakan laa cite ni...tu pasal aku tak brp nak pokus masa tgk td.. haha..
ReplyDeletecite ni mcm xde mesej sgt..just nak tunjukkan keteguhan cinta adam&nur, aidil & alia. tu je la.. mmg agak kelam kabut citenya.
yg normiang tu aku pun xleh terima..terus hilang mood.hahah.
hehehe... mana ko nak tumpu udah bermsg.. klu pasan byk sgt msg bha hehehe... cth pasal derma yg adam cerita kat budak tu... pasal sikit and banyak. Last2 budak tu derma jantung dia klu dia mati benda paling besar dia kasi. 2nd.. klu sengkek pun kita xde duit jgn cari yg bertentangan ngan islam. Cth Nur mmg kopak xde duit nak bayar bil hospt adam. then de company offer suh dia design kelab hiburan. tp nur tolak... wahh aku jadi penerang plak hahahah
ReplyDeletehahhaa...aku kalau cite best sure aku akan tumpu...ni cite busan tu pasal aku selamba je main2 msj..huhuhu...mmg hampa dan kecewa la daku..
ReplyDeletehehehe........ bertabahlah.... mendalam msg yg disampaikan hehehe
ReplyDeletebgs ko menghayati kan? haha.. naseb ko x nanges td..hihi..
ReplyDeletewah...ko pun nk jadi pengulas wayang...best2...aku suka. leh aku review sebelum aku g tengok nur kasih....jangan lupa pirates plak
ReplyDeletetersyahdu aku rs kt penyampaian ko ttg part2 yg ko rs besh tuh ..
ReplyDeletehyun menghayati kekdahnye..hahah
ReplyDeletewan: hahaha aku wat sikit2 jew.. kui3
ReplyDeleteque and kekup: aku klu nak review masa tgk ngan korg mmg tak terbuat aku coz xdpt tumpu pehatian. nasib dah tgk awal2 ahaks
hahah..sbb ada pengacau ye? gegeh kak ayu whatssapp ko..hahah
ReplyDelete