Komen Makan Dalam Juri Dangau

Ok kali nie aku tepek komen2 juri pasal dangau aku........... Diorang pandai komen jew nak buat ingat senang ke?????? Ada komen2 yang aku rasa sangat ler tak pro tahap kehakiman nya... Tapi ayat biasa keputusan juri adalah muktamat walaupun kita tak tau tahap kehebatan juri tu sendiri huhuhuu............. Pandang mata ke atas... letak tangan ke dada............... haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa




Apa kata Juri Khas.......


JURI 1
Bahasa pada post permulaan yang menarik dan gramatis. Cetusan idea yang kreatif dan original. Terdapat usaha membuat gambar, banner dan wording untuk dangau sendiri.  Memperkenalkan diri masing-masing dari sudut pandangan orang lain. Kerjasama yang baik kerana masing-masing tidak hanya mementingkan untuk memperkenalkan diri sendiri sahaja tapi juga geng2 dangau yang lain.

JURI 2

Jalan cerita macam drama melayu..ok la sebab dh biasa tgk..haha, ada idea n pandai olah cerita, cerita yang menginsafkan n jalan cerita detail jugak.  kritiviti ok lah..a lots pic [expcly katy perry :p ] ada fire work,ada jugak gmbr yg ditambah xkena dengan watak.  Kelebihan : jalan cerita yang boleh dijadikan pengajaran [ berbeza dengan yg lain]..kekurangan : mungkin banyak gambar kot.

JURI 3
Font cantik tp pening mata nk baca..ehhehe jln cerita ok tp ada sesetgh gamba yg memaparkan wajah org len bkn wajah ahli keluarga apapun byk gamba2 yg menarik..cerita pasal umah pun xbrapa details.

JURI 4
Terlampau berimaginasi sampai 'semak' bijik mata bila membaca.  Pic cantik tp ada stgh tu mcm terover pulak.  Ada stgh bhgian yg panjang berjela sgt, sampai nk tertido pun ada [masa tgh membaca tu]. A bit dragging.

JURI 5
Luar biasa cara mereka berimaginasi. Nampak lain sikit dan kreatif. Pengenalan yang menarik dan ada juga unsur2 kelakar. Tp mcm mana mereka kira umur anak...yg tengah berumur 25 thn yg bongsu 24 thn 5 bln 4 hari...? Gambar2 nampak cantik dan sesuai dgn kekayaan dan situasi mereka cuma ada beberapa gambar agak seksi dan tak sesuai utk tatapan umum. Banner juga cantik. Font cantik. Di pengakhiran cerita ada tauladan utk kita renungi. Hidup ini tidak selamanya di atas.

JURI 6
Susunan watak dengan gambar tidak teratur.  Sepatutnya ketua keluarga dahulu yang membuat pengenalan setiap ahli keluarganya.  Namun begitu penyampaian yang bersahaja dapat menutup kelemahan yang kecil itu.  Perkara yang kedua saya juga turut tidak setuju dengan penceritaan pengenalan yang tidak bermula dari watak ketua keluarga yang sebenarnya. Seolah-olah cerita ini diceritakan oleh orang lain. Sepatutnya pengenalan bermula dgn watak itu sendiri yang bercerita dan ianya memberi impak besar kepada kreativiti setiap ahli.  Sepanjang membaca kehidupan Dangau Haryan ini banyak yang saya rasa perlu diperbaiki lagi. Garapan setiap watak amat menonjol ke arah kelemahan sesebuah keluarga.  Ini bukan satu contoh yang terbaik walaupun ia hanyalah satu fantasi. Namun pengajaran diakhir cerita memberi kita satu impak yang besar dan tauladan tentang realiti kehidupan sebenar.  Saya hanyut sebentar dengan kemewahan hidup sebagai seorang anak jutawan... ini betul-betul fantasia bulan madu bagi saya...hahahaha..kenapa saya cakap begitu sebab ianya memberi gambaran yang saya berada di awang-awangan dipuncak impian yang gemilang. Kalaulah terjatuh “gedebuk” pasti saya amat kecewa sekali...hahahahaha. Dreams come true. Itu satu ayat yang berlegar-legar dalam kelapa otak ni. Betulkah?hahaha... Saya rasa Dangau ini boleh dikembangkan lagi kehebatannya kalau setiap watak memainkan peranan “co-operation” dalam keluarganya. Namun begitu saya tetap terhibur membacanya sebab jarang sekali orang mengarap fantasi kehidupan negatif dalam setiap anganan mereka. Hehehehe.. itu pendapat saya saja.  Pengunaan nama, avvy dalam kerektor watak kurang sesuai kerana tiada chemistrynya.  Semoga ahli keluarga Dangau Haryan lebih berjaya dimasa depan. Good Luck!

JURI 7
Hiasan Dangau yang cantik.  Susunatur penceritaan tidak menepati aturan yang dikehendaki.  Penceritaan yang ringkas.  Keluarga yang tidak menepati konsep peraduan.  Imaginasi yang terlalu tinggi (main dangau memang sebegitu kan?) - wajah anak lebih tua dari bapak!!!   Dangau ni sekadar sebuah drama dan bukan dangau impian.  Kredit tambahan - pemegang watak bersesuaian dengan watak.

JURI 8
Gambar & hiasan thread diedit & diatur dengan baik, menarik, kemas & tersusun.  Font yang agak sukar untuk dibaca & pilihan warna yang agak menyakitkan mata.  Banyak kesalahan ejaan & penggunaan shortform.  Penggunaan 'bahasa rempit' juga agak mengganggu. Post tentang penceritaan watak tidak dibuat oleh watak itu sendiri contohnya post 7, 8, 9 & 10 dimana watak Katty Zain (xstudentgurl) menggunakan gantinama 'Qis' (post 7, watak Qismis Zain), 'aku' (post 8, watak Adam Zain), 'saya' (post 9 & 10, watak Jabit Zain) dan di post 12, watak Jabit Zain (airolnizam) yg menceritakan tentang 'Katty Zain' menggunakan gantinama 'aku', di post 13 & 14 (untuk watak Maher Zain), post 15 & 16 (untuk watak Qismis Zain) dan seterusnya.  Tidak merancangkah sebelum tentukan jalan penceritaan & giliran watak2 membuat post?  Tersangat kaya melampaui batas pemikiran.  Pemilihan gambar yang baik & menarik untuk menonjolkan kekayaan & gaya hidup tersebut.  Walaupun ada 'menumpang' watak dari dangau Semarak Nur Kasih, tapi menunjukkan sikap yang bagus dengan tidak 'merendahkan' dangau rakan.  Elemen drama yang menarik.  Mengandungi pengajaran yang menginsafkan di akhir thread.

JURI 9
Kekurangan - gmbr2 yg kurang menarik ( gmbr kurang ceria ).. font tak menimbulkan mood tenang ketika membaca.. sedikit irritating ( mungkin kurang teratur dari segi perenggan ).. suasana penceritaan kurang teratur.. n cepat menimbulkan boring sbb terlalu sempurna sgt kut.  Kelebihan - gmbr2 yg seiring dengan jalan penceritaan dan pengajaran yg baik.. cuma ada sedikit kurang logik..

JURI 10
Dangau ini penceritaan bagus, tetapi lebih kepada situasi keluarga yg kurang berkualiti menyebabkan ia satu gambaran sebuah keluarga yg sedikit pincang.  Penceritaan watak, bagus, tersusun.  Hiasan grafik nmpak menarik.  Mengikut format yg diberi.  Kerjsama sepanjang pembikinan dangau agak baik..

JURI 11
Idea yg luar biasa, kreatif & menghiburkan boleh membuat pembaca terpesona melihat kekayaan keluarga Haryan.  Bagaimanapun kehendak contest yg memerlukan penonjolan keluarga harmoni tidak dipenuhi.  Walaupun ada unsur pengajaran yg ingin disampaikan oleh group ini pada penutup cerita tapi lebih 80% paparan dangau bertentangan dgn nilai2 murni yg dikehendaki.  Penceritaan juga menyimpang dr konsep permainan pondok2 krn peserta tidak melakonkan watak sebaliknya lebih kpd membuat sinopsis drama.   Ia juga kurang kemas & redundant selain penggunaan bahasa sms di beberapa post mengganggu pembacaan.  Penonjolan watak juga mengelirukan.  Ia spt menonton sebuah drama yg pelakon2 didalamnya melafazkan dialog pelakon lain.  Dlm drama biasa tidak mungkin berlaku dialog untuk watak A dilafazkan oleh watak B vice versa.  Dlm dangau ini dialog/posting si anak dipost oleh si ayah menggunakan kata ganti nama diri pertama (aku).   Begitu jugak dgn post2 lain di mana pemegang watak ibu membuat post anak, pemegang watak anak perempuan membuat post utk anak lelaki & masing2 membahasakan diri aku pada post2 tersebut.  Tidak spt dangau Semarak Kasih yg melakonkan watak yg mrk pegang, peserta dangau ini hanya bertugas menepek storyline yg disediakan mengikut giliran.  Bagaimanapun, secara keseluruhan dangau ini menarik & menghiburkan dgn2 gambar2 yg diframe & disusun dgn kemas, banner2 yg dibuat khas serta idea yg melampaui imaginasi, lucu & kreatif.  Tugasan lain spt
gambar2 rumah, kerjaya, rutin harian dsb juga disiapkan dgn baik.  Kredit utk persiapan thread yg rapi & tersusun menunjukkan kesungguhan & ketelitian mrk dlm menyiapkan dangau ini.

JURI 12
Kisah yang menarik. Nama-nama watak yang unik. Overall, Kisah dan Teladan.


Comments

  1. tgn di dada, mata ke atas..hahahahhahaha

    ReplyDelete
  2. hyun...
    aku setuju dgn ko.
    siyes, kadang2 aku baca komen juri2 ni...
    x kena pd tempat.

    aku tgk korang nye dangau...mantap habis.

    juri2 ni komen berdasarkan ape? x fhm aku.

    ReplyDelete
  3. ekceli juri khas ni mmg teliti sgt2..benda kecik2 pun derang perasan...diorg tu sbnrnya x paham kita buat apa..kita sndiri yg buat, kita je tau apa kita paham. diorg tau kondem je... bertabah aje la..

    ReplyDelete
  4. yup......... diorg nie tak paham apa yg kita nak sampaikan... bagi diorg skema diorg yg penting.... ejaan pun nak ditgk... camon mannn takkan itu pun nak dilayan. sepatutnya diorg cari satu yg hebat and klise2 nie xbest ler... cam aku gonjeng mmg hebat satu yg lain. lari dari cite dangau yg biasa. Apa maksud diorg xmacam dangau.. diorg main dangau cara lain org lain cara lain. so benda tu terlalu general....

    ReplyDelete
  5. aah tu la..sepatutnya xyah tepek komen2 diorg..just bgtau je yg mana bg diorg best yg mana yg tak best..baru la xde yg terasa hati..btl x?

    ReplyDelete
  6. sape setujuuuu........... angkat tgn macam sayeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  7. tolonglaa hyun..tak senonoh..wekkkkkkkk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Zaman Bujang Yang Dirindui????

ViVa HoMe Mall

Top 4 MahaRaja LawaK MinGGu Ke 6